Event Info

Name
Valor Fun Run 2024

Venue
Dataran Wawasan, Presint 2, Putrajaya

Date
27 July 2024 / Saturday  

Time
7:30am - 11:00am  

Closing Date
23 Jul 2024 11:59 pm

Event organiser
Yayasan Al Khaadem


Phone
012-3083516  

Social Media

 

Registration fee

Individual
Category
5km Terbuka Lelaki (6tahun ke atas)
Yuran adalah tertakluk kepada Admin Fi
MYR 45.00
Sold Out
MYR 55.00
Closed
5km Terbuka Wanita (6tahun ke atas)
Yuran adalah tertakluk kepada Admin Fi
MYR 45.00
Sold Out
MYR 55.00
Closed
5km Family Pakej (4pax)
Yuran adalah tertakluk kepada Admin Fi
MYR 175.00
Sold Out
MYR 215.00
Closed
-

 


SYARAT PENYERTAAN ACARA 5KM FUN RUN

Acara VALOR FUN RUN 2024, memerlukan peserta untuk mematuhi syarat umur yang dinyatakandalam kategori yang telah ditetapkan. Apabila peserta telah mendaftar, ini bermakna peserta bersetuju menerima syarat-syarat seperti di bawah.

FUN RUN Terbuka lelaki & wanita (berumur 6 tahun ke atas pada 31 Disember 2024)

- Kanak-kanak 6 tahun ke bawah perlu mengisi borang kebenaran ‘ indemnity ’ semasa hari pengambilan “Collection” dan tiada baju disediakan.

- Jarak dan tempoh yang dinyatakan untuk larian hanyalah anggaran sahaja. Penganjur berhak untuk mengubah jarak laluan tersebut dan tempoh sekiranya perlu dan bergantung kepada pihak berkuasa tempatan.

LANGKAH KESELAMATAN

  1. Walaupun langkah-langkah yang sewajarnya akan diambil oleh penganjur untuk memastikan keselamatan peserta sepanjang Larian, risiko keselamatan adalah atas tanggungjawab peserta itu sendiri.

  2. Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa yang berlaku semasa kayuhan berlangsung.

  3. Peserta yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik tidak digalakkan untuk menyertai acara ini.

  4. Semua Peserta hendaklah mematuhi peraturan jalan raya pada setiap masa.

RAMALAN CUACA

  1. Melihat keadaan cuaca tiga (3) hari sebelum hari acara atau pada hari acara oleh penganjur dan pegawai penguatkuasa undang-undang tempatan.

  2. Jika acara dibatalkan kerana cuaca buruk, tidak ada Larian dijalankan, peserta akan menerima medal sahaja dan minuman ringan

PERATURAN LARIAN

  1. Peserta TIDAK DIBENARKAN sama sekali untuk memindahkan penyertaan mereka kepada pihak lain sebaik sahaja pendaftaran.

  2. Semua peserta hendaklah berkumpul di garisan permulaan mengikut lokasi dan masa yangtelah ditetapkan.

  3. Atas sebab keselamatan, peserta yang tidak bermula pada masa pelepasan masing- masing, penyertaan mereka boleh dibatalkan dan tidak dibenarkan menyertai acara.

  4. Semua peserta mesti mengikut laluan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

  5. Peserta yang gagal berbuat demikian boleh dikeluarkan dari laluan serta-merta. Pingat penamat tidak akan diberikan kepada peserta yang gagal mengikut peraturan larian & kayuhan yang telah ditetapkan. MASA yang dibebarkan untuk berlari 5km ni adalah 1 jam sahaja.

  6. Semua peserta mesti mematuhi peraturan jalan raya serta arahan polis, marshal dan pegawai acara semasa kayuhan.

  7. PESERTA larian, WAJIB memakai kasut. Sandel@selipar tidak dibenarkan. Botol air, Hydration Beg digalakkan serta beg pinggang.

BANTUAN KECEMASAN

  1. Peserta yang bermasalah ketika berlari, penganjur ada menyediakan bantuan paramedik jika berlaku kecemasan sepanjang larian berlangsung.

  2. Petugas perubatan/Marshall/organiser berhak untuk mengeluarkan peserta jika didapati secara fizikal tidak mampu meneruskan larian tanpa risiko kecederaan serius terhadap dirinya atau orang lain.

  3. Petugas perubatan berhak membuat keputusan untuk menghantar mangsa ke hospital terdekat dan/atau yang disyorkan dan kos perubatan ditanggung oleh peserta sendiri bukan penganjur acara.

  4. Peserta perlu minum banyak air sebelum, semasa dan selepas larian

  5. Acara ini dilindungi di bawah insurans berkelumpuk bg acara ini sahaja (Mula acara hingga tamat acara)

  6. Walau bagaimanapun, semua peserta disyorkan untuk mempunyai insurans kemalangan peribadi atau insurans kesihatan mereka sendiri.

PENGECUALIAN ACARA

1- Penganjur TIDAK akan bertanggungjawab di atas kecedaraan, kecuaian dan kemalangan jiwa jika berlaku sepanjang acara larian berlangsung.

2- Penganjur TIDAK akan bertanggungjawab di atas kehilangan barang peribadi atau kerosakan, pecah kenderaan atau hilang, semua itu adalah tanggungjawab peserta untuk memastikan keselamatan barang masing-masing.