Event Info

Name
Kuala Lumpur Fun Run 2025

Venue
Dataran DBKL Kuala Lumpur

Date
20 July 2025  

Time
7:00am  

Closing Date
01 Jul 2025 11:59 pm

Event organiser
Persatuan Rekrasi Global Malaysia


 

Registration fee

Category
Category
7km Fun Run
MYR 39.00
Sold Out
MYR 49.00
Sold Out
Register Now

 


TERMA & SYARAT

Sila baca semua terma dan syarat dengan teliti. Setiap individu yang mendaftar untuk menyertai KUALA LUMPUR FUN RUN 2025 dan bagi peserta di bawah umur 18 tahun, ibu bapa, penjaga atau wakil sah peserta tersebut perlu mengakui bahawa mereka telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma di bawah serta untuk mematuhinya.

1.         Penganjuran Acara

•          KUALA LUMPUR FUN RUN 2025 ini dianjurkan oleh Persatuan Rekreasi Global Malaysia.

•          Acara ini akan diadakan pada 20 Julai 2025 di Dataran DBKL.

2.         Kelayakan Penyertaan

•          Acara ini terbuka kepada semua dan setiap peserta hadir atas kehendak sendiri.

•          Kategori 7KM terbuka kepada semua tanpa had umur. Peserta di bawah umur 16 tahun WAJIB ditemani oleh sekurang-kurangnya seorang peserta dewasa berumur 18 tahun ke atas yang akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan mereka.

 

Pendaftaran Acara

1.         Dengan mendaftar dan memberikan sebarang maklumat (peribadi atau sebaliknya) untuk menyertai acara, peserta dianggap telah memberi kebenaran kepada penganjur serta rakan kongsi/sponsor acara (jika ada) untuk menggunakan maklumat tersebut bagi tujuan pemasaran, statistik dan perancangan.

2.         Penganjur berhak menghubungi peserta dari semasa ke semasa melalui apa jua kaedah. Sebarang notis dihantar ke alamat emel berdaftar dianggap telah diterima oleh peserta.

3.         Jika peserta memberikan maklumat yang palsu, tidak tepat, lapuk atau tidak lengkap, penganjur berhak membatalkan pendaftaran tanpa bayaran balik.

4.         Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang pertikaian akibat data pendaftaran yang tidak lengkap atau tidak tepat.

5.         Selepas pendaftaran disahkan, tiada bayaran balik akan dibuat jika peserta tidak hadir ke acara atas apa jua sebab.

6.         Ukuran baju acara tertakluk kepada toleransi 0.79+/- inci.

7.         Warna, reka bentuk dan bahan barangan cenderahati adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis.

8.         Tiada bayaran balik akan diberikan sekiranya acara dibatalkan atas faktor di luar kawalan (force majeure) seperti jerebu, ribut, hujan lebat, bencana alam, ancaman keselamatan, dan sebagainya.

 

Penyertaan Acara

1.         Nombor bib yang diberikan semasa pengambilan kit penyertaan wajib dipakai sepanjang acara. Peserta yang tidak memakai bib tidak akan dibenarkan menyertai.

2.         Segala langkah keselamatan akan diambil oleh penganjur, namun peserta hadir atas risiko sendiri. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kecederaan, kematian, atau kerugian semasa acara. Peserta digalakkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menyertai acara.

3.         Peserta bertanggungjawab memaklumkan kepada staf perubatan/marshal keselamatan tentang sebarang kecederaan atau keadaan kesihatan.

4.         Jika peserta berasa letih, tidak selesa, atau cedera, mereka perlu segera berhenti dan maklumkan kepada pihak keselamatan.

5.         Peserta mesti akur untuk berhenti serta-merta sekiranya diarahkan oleh pegawai perubatan atau marshal keselamatan.

6.         Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan, kerosakan atau kecurian harta benda semasa acara.

7.         Penganjur berhak untuk meminda peraturan acara dan peserta bertanggungjawab untuk mengikuti sebarang perubahan melalui platform rasmi.

8.         Penganjur berhak untuk menukar tarikh, tempat atau membatalkan acara tanpa notis awal. Tiada bayaran balik akan diberikan jika acara dibatalkan.

9.         Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang masalah teknikal atau gangguan komunikasi yang berlaku semasa pendaftaran atau pelaksanaan acara.

10.       Peserta perlu memastikan mereka telah membaca dan memahami Notis Perlindungan Data Peribadi dan bersetuju dengan penggunaannya seperti yang dinyatakan.

11.       Kit larian yang tidak dituntut akan disimpan selama sebulan dari tarikh pengambilan. Selepas tempoh ini, kit akan dianggap luput.

 

Pelepasan Tanggungan Peserta

1.         Saya/kami mengakui semua risiko yang terlibat dan akan melepaskan pihak penganjur serta semua yang terlibat dari sebarang tanggungan sekiranya berlaku kemalangan, kecederaan atau kematian. Ini termasuk penganjur, penaja, pegawai, pekerja, kontraktor, sukarelawan, dan pasukan perubatan.

2.         Saya/kami memahami bahawa meletakkan kenderaan adalah atas risiko sendiri, dan penganjur tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan kenderaan.

3.         Saya/kami mengakui bahawa terdapat risiko sebenar kecederaan serius atau kematian akibat pelbagai faktor seperti dehidrasi, kemalangan, cuaca dan sebagainya.

4.         Saya/kami mengesahkan hanya akan menyertai acara setelah bersedia dan disahkan layak secara perubatan.

5.         Saya/kami faham bahawa maklumat saya mungkin dimasukkan dalam pangkalan data penganjur dan boleh dikongsi dengan media jika perlu.

6.         Saya/kami bersetuju untuk mematuhi semua peraturan penganjur berkaitan keselamatan dan keadilan sukan.

7.         Saya/kami memberi kebenaran tanpa syarat kepada penganjur untuk menggunakan gambar dan maklumat saya dalam sebarang bentuk media, promosi, iklan dan sebagainya tanpa sebarang bayaran.

8.         Saya/kami telah mendapat kebenaran dari keluarga dan/atau persatuan sukan untuk menyertai acara ini.